Tuesday, 13 December 2011

Oh! Pad Lock Sebagai Mercu Tanda Cinta Abadi Di Italy


Kisah Cinta sememangnya universal dan pelbagai perlambangan mengikut tradisi dan mungkin berubah mengikut peredaran masa.Mungkin membawa sekuntum bunga ross dan dihadiahkan kepada kekasih hati adalah pemandangan biasa yang dapat kita lihat tetapi berbeza di Italy dimana para pencinta menggantikannya dengan pad lock sebagai tanda kasih sayang yang abadi.
Ada pelbagai cara meluahkan rasa kasih dan sayang kepada kekasih seperti mengukir di pokok-pokok tetapi tradisi itu semakin dilupakan di Italy sebaliknya memilih untuk membelikan pad lock dan menulis nama mereka dikedua-dua belah padlock lalu melalui sebuah jambatan dan membuang kunci itu ke sungai Tiber di Rome.
Trend ini bermula bila mereka mula tertarik setelah membaca Novel cinta bertajuk HO Voglia De Te(Ku Mahu Kau)  oleh Federico Moccia yang meletakkan mangganya di Jambatan Milvio di Rome dan melontarkan anak kuncinya ke sungai.Jalan cerita yang di bawa oleh watak-watak didalam novel berkenaan akhirnya menjadi ikutan para pencinta di Italy. Kegilaan ini telah menyebar ke Venice, di mana jambatan Rialto adalah tempatyang disukai.




No comments: