Wednesday, 28 December 2011

Oh! Hal Yang Selalu Diperiksa Oleh Bekas Kekasih Di Facebook


Wanita yang baru saja putus cinta biasanya masih suka memeriksa Facebook sang kekasih Hal ini didukung keraa Facebook tidak memiliki data untuk membantu pengguna memeriksa siapa yang melihat profile pengguna.
Setiap komen dan wall yang ditulis bekas ataupun wanita lain sudah masuk daftar ‘bacaan’ wajib mereka. Berikut lima hal yang sudah pasti dicek wanita pada Facebook bekas kekasih, seperti dikutip Susanta.
Status Hubungan
Banyak wanita yang mengatakan bahawa mereka tidak peduli dengan status bekas kekasih setelah putus. Namun sebenarnya ada rasa khuatir jika mereka melihat pergantian status . Dengan begitu mereka selalu mengecek status hubungan melalui Facebook. Jika bekas masih berstatus single, mereka akan tenang dan lega. Namun jika bekas sudah menemukan wanita lain, mereka akan lebih sering memata-matai Facebook bekasnya.
Tempat Atau Lokasi Yang Dituju
Seharusnya mereka boleh menikmati hidup mereka setelah putus, tapi sebaliknya, mereka malah menyiksa diri dengan mengintai kehidupan bekas kekasih. Mereka cenderung lebih sering memata-matai Facebook bekas setelah putus, tidak seperti saat mereka berhubungan. Seorang lelaki biasanya akan melihat Facebook bekas kekasihnya untuk mencari tahu di mana dia dan apakah dia akan keluar dengan seseorang.
Wall Facebook
Wall di Facebook merupakan cerminan dari keadaan Anda. Itu sebabnya wall menjadi yang paling favourite untuk dibaca . Mereka ingin mengetahui apakah bekas masih memikirkan mereka. Mereka akan melihat foto-foto baru yang mungkin baru diposting bekas kekasih. Hal tersebut menjadi gambaran untuk mengetahui gaya hidup bekas setelah mereka putus.
Melihat Siapa Yang Menyukai Status Bekas Kekasih
Ketika mereka masih berkasih, terkadang mereka tidak tertarik untuk mengetahui siapa yang menjadi teman Facebook pasangan. Setelah putus, mereka akan selalu melihat apa saja yang disukai oleh bekas, bolehsaja status wanita yang Anda tidak kenal. Mereka juga akan mencari siapa saja yang menyukai status atau postingan bekas. Mereka takut bekas kekasih sudah mulai boleh melupakan mereka.
Komen
Bahagian komen pada Facebook menjadi incaran yang paling buruk. Mereka akan mengunjungi setiap thread diskusi bekasn\ dengan temannya. Apalagi jika mereka memiliki teman yang sama di Facebook, komentar teman mereka akan berisi tentang putusnya hubungan kalian.

Oh! 5 Jam Sehari Di Depan Komputer Atau Laptop Boleh Merosakkan Jantung


Menurut penelitian, menghabiskan waktu lebih dari 5 jam per hari di depan komputer boleh merosakan jantung dan menjurus ke kematian lebih cepat. Penyebabnya adalah posisi duduk, terutama duduk bersandar, yang merupakan posisi umum saat orang bekerja dengan komputer, bermain game, ataupun menonton televisyen.
Penelitian tersebut dilakukan oleh Emmanuel Stamatakis, peneliti dari University College London. Ia melakukan penelitian terhadap lebih dari 4,500 orang berusia ke atas 35 tahun dan hasilnya dikeluarkan di Journal of the American College of Cardiology.
Penemuan ini menambah bukti-bukti yang terus terkumpul berhubung bahayanya duduk lama-lama . Padahal, kecenderungan yang terjadi saat ini adalah orang semakin banyak yang duduk di depan komputer saat bekerja.
“Orang yang menghabiskan waktu lebih dari 4 jam berturut-turut per hari di depan komputer memiliki peluang 125 % lebih tinggi akan mengalami kematian berkait dengan penyakit jantung berbanding mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang dari 2 jam di depan layar,” kata Stamatakis, seperti diambil dari Examiner.
Stamatakis menyebutkan, dari penelitian, mereka juga menemukan bahwa 48 % orang yang menghabiskan waktu 4 jam di depan komputer berturut-turut juga berpeluang mengalami kematian lebih cepat akibat faktor lain di luar jantung.
Lebih lanjut, mereka yang menghabiskan lebih dari 5 jam di depan komputer per hari, risiko mati lebih cepatnya naik secara signifikan.
Sebelumnya, diperkirakan bahwa mereka yang menghabiskan waktu terlalu banyak di depan komputer, atau juga di depan televisyen, merupakan orang yang malas bersenam dan menyebabkan munculnya penyakit. Namun, dari data yang didapat, tidak demikian.
“Orang yang bersenam secara tetap di waktu lapang mereka juga memiliki peluang untuk mati lebih cepat,” kata Stamatakis.
Peneliti meyakini bahwa penyebabnya memang adalah duduk yang terlalu lama. Posisi tersebut diketahui menyebabkan penurunan 90 % lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat. Pembengkakan dan masalah metabolisme yang disebabkan oleh ketidakatifan dalam waktu panjang juga menjadi sumber masalah.
Akan tetapi, ada penyelesaian bagi mereka yang terpaksa bekerja di depan komputer sepanjang hari. “Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak,” kata Stamatakis. “Itu akan menurunkan masalah-masalah tersebut dan mungkin akan meningkatkan peluang Anda untuk hidup lebih lama,” ucapnya.

Oh! Perang Osbon Dengan Boboi Kini Sampai Ke Kemuncak!


Maharaja Lawak Mega (MLM) kini hampir tiba ke kemuncaknya apabila empat peserta iaitu kumpulan Boboi, Osbon, Saehu dan Syok mara ke gelanggang akhir yang akan berlangsung dari Stadium Melawati, Shah Alam minggu depan.
Berdasarkan pemerhatian penulis dan sambutan peminat MLM, Boboi dan Osbon dilihat calon terbaik untuk memenangi pertandingan itu sekaligus merangkul hadiah utama iaitu wang tunai bernilai RM350,000.
Ini kerana kedua-dua kumpulan ini dilihat begitu konsisten dalam mempersembahkan jenaka mereka sehingga membuatkan stadium dan dewan pertandingan sentiasa gamat dengan gelak tawa penonton.
“Lihat sahaja Osbon dan Boboi, mereka begitu konsisten dan menghiburkan. Penonton boleh rasai sendiri watak diketengahkan, mereka berlakon, berlawak dan punchline persembahan sangat baik,” kata juri tetap MLM, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.

Oh! Tikus Makanan Istimewa Penduduk Di Vietnam


HANOI, Vietnam – Daging tikus menjadi makanan istimewa buat penduduk Kampung Canh Nau yang terletak 40 kilometer dari sini.
Tikus dijual pada harga 80,000 dong (RM12.01) bagi setiap satu kilogram (kg) untuk dijadikan makanan.
Menurut media tempatan, kampung itu dikenali sebagai Kampung Tikus kerana secara puratanya, seratus kg tikus dijual pada setiap hari.
Tikus dimakan oleh penduduk kampung tersebut sebelum ini kerana kemiskinan.
Namun, daging haiwan itu menjadi makanan istimewa pada setiap penghujung bulan.
Tikus ditangkap dengan menggunakan perangkap, jaring dan baldi. – Agensi

Monday, 26 December 2011

Oh! Tetikus Paling Pelik....

mengikut sumber gambar..ini adalah tetikus pertama dicipta...

Tetikus ialah peranti input ke komputer yang berfungsi mengawal gerakan penunjuk atau kursor pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas permukaan keras dan rata.
Tetikus ini amat diperlukan terutamanya sekali apabila menggunakan sistem pengendalian tetingkap ( Window ) seperti Microsoft Windows, Linux dll. Tetikus memudahkan seseorang pengguna untuk mengendalikan perisian animasi, grafik, dan atur cara penerbitan meja. Apabila tetikus digerakkan, penunjuk pada skrin paparan akan bergerak dalam arah yang sama dan ia akan berubah mengikut lokasi di mana tetikus tersebut berada.
Input tetikus juga biasanya digunakan untuk domain atur cara penggunaan yang khusus. Dalam grafik tiga dimensi interaktif, gerakan tetikus seringnya ditukar secara langsung menjadi perubahan orientasi kamera maya. Misalnya, dalam permainan genre penembak diri pertama, pemain biasanya menggunakan tetikus untuk mengawal arah yang dihadap oleh "kepala" pemain maya. Menggerakkan tetikus ke arah atas skrin akan menyebabkan pemain melihat ke atas dan mendedahkan pemandangan di atas kepala pemain.
Mouse, nama tetikus dalam bahasa Inggeris, dicipta oleh Institut Penyelidikan Stanford dan berasal daripada persamaan model tetikus yang awal (yang memiliki kord pada bahagian belakang peranti yang kelihatan seolah-olah ekor) dengan tikus. Penerbitan perkataan mouse pertama yang diketahui adalah dalam terbitan Computer-Aided Display Control oleh William English pada tahun 1965.








Oh! Hati-Hati Kaum Wanita Ketika Menginap Di Luar


Hati-Hati Buat Kaum Muslimah Semasa Menginap Di Luar
Berhati-hatilah kepada muslimah sekalian, apabila anda menginap di hotel-hotel, chalet2, hostel atau tempat-tempat persinggahan/penginapan luar, ambil sedikit masa dan cuba pastikan kamera atau apa-apa perakam tiada disekitar bilik mandi atau bilik tidur.
Kerana kemungkinan ini akan berlaku, kamera-kamera sekarang yang semakin kecil dan canggih, amatlah mudah untuk disorok dimana-mana ceruk dan ruang. Ingatlah maruah anda sebagai muslimah/wanita wajib terpelihara dari perkara-perkara yang tidak di ingini.

Oh! Logo Monster Energy Taktik Barat Menyesatkan Akidah Umat Islam


MONSTER ENERGY
Itulah antara fenoma baru dalam dunia permotoran.
Assalamualaikum untuk semua pengunjung edisikini.Untuk pengetahuan semua, Monster Energy ni merupakan satu produk minuman tenaga yang dikeluarkan oleh Hansen Natural Corporation pada tahun 2002. Produk ini dikeluarkan di Amerika Syarikat yang mana ianya banyak menaja pelbagai jenis aktiviti sukan, ahli sukan dan juga artis-artis muzik barat.
Monster Energy juga agak berpengaruh dalam dunia permotoran dimana dalam dunia perlumbaan motosikal, Monster Energy menjadi popular dengan menaja beberapa nama besar dalam dunia perlumbaan MotoGP seperti Valentino Rossi, Colin Edwards dan Ben Spies. Fenomena Monster Energy ini juga sudah merebak di Malaysia dengan pelbagai produk diperkenalkan seperti topi, helmet, baju, sarung lengan dan pelbagai lagi produk yang memaparkan logo ini.
Apa yang menjadi isu sekarang ialah tulisan Monster Energy tersebut dikatakan mempunyai tanda salib yang tersembunyi. Jika diteliti secara terperinci pada huruf ‘O’ di tulisan tersebut, jelas ianya merupakan lambang salib yang disambung hingga membentuk huruf ‘O’. Mungkin ini salah satu taktik barat bagi menyesatkan akidah umat Islam.
Selain itu, aku juga mendapat satu info daripada satu laman blog. Menurut penulis blog berkenaan huruf ‘M’ yang semacam kesan cakaran itu adalah gabungan dari huruf ‘V’ dalam bahasa Hebrew. Yang seakan nombor ‘7’ tu. Dan huruf ‘V’ tu adalah huruf ke-6 dalam susunan huruf Hebrew. Jadi ia sengaja disusun 3 kali membentuk huruf ‘M’. 666 mesej satanic.
Dan di Malaysia kalau kita lihat, semakin ramai anak muda yang semakin menggilai Monster Energy ini. Tidak kira la samada sticker, helmet, topi, motosikal dan sebagainya pasti akan diletakkan dengan logo dan tulisan Monster Energy ini. Kononnya trend terkini. Jadi sekiranya anda salah seorang dari mereka yang memuja dan menggemari Monster Energy ini, berhati-hati. Anda dinasihatkan agar sama-sama remove benda-benda sebegini.
Mudah-mudahan kita dapat mengambil pengajaran dan tidak terpesong dengan dakyah barat yang menyesatkan akidah kita.

Oh! Bergaduh Untuk Dapatkan Kasut Nike


SEATTLE, Amerika Syarikat(AS) – Kekecohan berlaku di banyak kedai di seluruh AS kelmarin ketika orang ramai berebut untuk mendapatkan kasut bola keranjang Air Jordan terbaharu keluaran Nike.
Di beberapa buah tempat di AS, polis terpaksa dipanggil untuk meleraikan pergaduhan yang hampir membawa kepada kekacauan.
Orang ramai beratur panjang sejak semalam untuk mendapatkan kasut Air Jordan retro yang merupakan versi Air Jordan paling popular pernah dikeluarkan oleh Nike.
Di pinggir bandar raya ini, polis menggunakan semburan lada untuk meleraikan 20 pelanggan yang bergaduh di pusat beli-belah di Westfield Southcenter.
Orang ramai mula berkumpul di empat kedai di pasar raya berkenaan sekitar tengah malam dengan jumlah mereka mencecah 1,000 orang menjelang pukul pukul 4 pagi (waktu AS), apabila kedai-kedai mula dibuka.
“Pada pukul 3 pagi, terdapat insiden pergaduhan dan tolak menolak antara mereka,” kata seorang pegawai polis, Mike Murphy.
Bagaimanapun, tiada kecederaan serius dilaporkan dalam insiden tersebut.
Kekecohan untuk mendapatkan kasut Air Jordan yang dijual pada harga sekitar $180 (RM567.90) untuk sepasang kerap mencetuskan situasi merbahaya sebelum ini.
Beberapa orang pernah disamun malah, dibunuh kerana versi awal kasut itu yang mula dicipta oleh syarikat Nike Inc. pada tahun 1984. – Agensi

Sunday, 25 December 2011

Oh! Kini Kelajuan Internet Dunia Mencapai 186Gbps

Wow! kini kelajuan internet dunia telah mencapai 186Gps, berape laju tu eh?
Para saintis dan pengkaji di California University of Technology (Caltech) telah berjaya membuat rekod baru dunia, apabila kelajuan menghantar data yang mereka peroleh mencapai purata sehingga 186Gbps di dalam liputan rangkaian.
Kalau korang nak tau kelajuan 186Gbps ini bergerak kira-kira 2 000 000 GBs setiap hari, tentu sahaja ianya sangat laju dan mampu menghantar 100 000 keping CD Blu-ray yang penuh hanya dalam 1 hari.
Pencapaian tersebut akan membantu dan memudahkan menghantar data dengan jumlah yang amat besar dengan cepat melalui rangkaian global.
Kemungkinan purata kelajuan teknologi baru ini menghantar data dalam 40 hingga 100 Gbps, dan ianya dijangkakan akan hadir dalam waktu terdekat. Namun untuk penggunaan komersial pula kemungkinan masih lama lagi.
Gila laju sampai 186Gbps.. kat malaysia brape laju ? Tah bila la Malaysia akan dapat internet selaju nih…

Oh kunsa....


Utk pengetahuan semua, khunsa ni ialah seorang yg memiliki 2 jantina, utk menentukan jantina seorang khunsa ialah tengok ke arah mana dia, lebih pompuan ker.. lebih pada lelaki..ataupun utk lebih pasti tengok alat kelamin dia yg mana lebih berfungsi ..esp masa dia buang air mengikut satu pendapat, khunsa ni kalau berwuduk, kemudian disentuh oleh lelaki atau perempuan, tidak batal wuduknya, tetapi akan terbatal kalau disentuh oleh lelaki dan perempuan pada masa yg sama..Tau tak, kita boleh berkahwin dgn khunsa mengikut jantina dia, maksudnya kalau lelaki kahwin dgn khunsa 'wanita' , kalau pompuan kahwin dgn  khunsa 'lelaki'.

ok2...gambar dibawah nih agak lucah skit...
tapi ambik sebagai ilmu sahaja...
jgn nk otak kuning sgt...
mesti ramai nk tau mana rupa khunsar nih kan...
meh tgk...



Saturday, 24 December 2011

Oh! Bikini Bottom Sebenarnya Terletak Di.....


Oh! Design Tangki Jamban Yang Giler COOOL!!!!!!!!!!








Oh! Kancil Yang Diubah sual Modelnya...


yg ini in org berniaga 


saper teringin nk sport car lh la try yg ini


ok kancil ni saper yg x mampu beli kete minicooper


pemilik die mesti peminet setia intial -d 
krn kete ni limited edision


yang nih ohbest tak phm...
kalo btl2 ada ohbest respect laa onwer skyline tuh krana berani ptg keta dia masuk lak ngan kancil...
pastuh ko pakai laa turbo 660.....
hahahahah...



Oh!Swiss Army Card?????


Slalukan kita tgk swiss army knife...
ok skang cube bayangkan benda tuh lam bentuk card lak..
pergh cool giler.........



Oh! Lokasi tempat ramalan kiamat jadi tumpuan


BANDAR RAYA MEXICO – Agensi Pelancongan Mexico menjangkakan dapat menarik kehadiran 52 juta pelawat menjelang tahun 2012 ke rantau yang dikaitkan dengan tamadun Mayan seperti Chiapas, Yucatan dan Tabasco.
Sebelum ini, Mexico dapat menarik kehadiran sekitar 22 juta pelancong luar pada setiap tahun.
Peningkatan mendadak dalam jumlah pelancong kali ini dikaitkan dengan ramalan penduduk Mayan bahawa kiamat bakal berlaku pada tahun depan.
Kiamat itu diramalkan berlaku pada 21 Disember 2012.
Pekan dan bandar raya di kawasan tamadun Mayan memulakan kiraan tamatnya kalendar Mayan tersebut semalam.
Namun, ramai ahli arkeologi berpendapat rujukan kepada tarikh tersebut yang diukir pada batu bersurat berusia 1,300 tahun cuma menandakan tamatnya satu kitaran dalam kalendar Mayan.
“Dunia belum kiamat. Ia hanya satu era,” kata seorang jurucakap pelancongan negeri Quintana Roo yang menempatkan kota bersejarah Cancun, Yeanet Zaldo.
Kebijaksanaan tamadun Mayan menyebabkan sebahagian penduduk mengambil berat tentang ramalan kiamat tersebut.
Tamadun Mayan yang mencapai peringkat kegemilangan dari tahun 300 Tahun Masihi hingga 900 Tahun Masihi memiliki kemahiran luar biasa dalam bidang astronomi.
Kalendar kaum berkenaan bermula pada tahun 3,114 Sebelum Masehi (S.M.) dan mengambil masa selama 394 tahun untuk membentuk satu kitaran dikenali sebagai Baktun.
Baktun ke-13 berakhir pada 21 Disember 2012.
Teori bahawa kiamat berlaku pada tarikh tersebut berpunca daripada sebuah batu bersurat yang ditemui pada tahun 1960-an di tapak arkeologi Tortuguero di negeri Tabasco, dekat Teluk Mexico.
Batu bersurat berkenaan menceritakan tentang kembalinya Dewa Mayan pada penghujung Baktun ke-13.
Mereka yang percaya mengenai teori kiamat itu menyebarkan ramalan tersebut di ratusan ribu laman web dan blog di Internet. – Agensi
sumber: kosmo

Oh! Anak Tom Cruise & Katie Holmes Paling Berpengaruh


ANAK kepada pasangan Tom Cruise dan Katie Holmes iaitu Suri Cruise diumumkan sebagai anak selebriti paling berpengaruh di Hollywodd dalam satu kaji selidik yang dilakukan oleh Daily Beast.
Pengaruh Suri diekori rapat oleh anak perempuan David dan Victoria Beckham iaitu Harper Seven Beckham yang berada di tempat kedua senarai itu.
Antara penyebab mereka tersenarai adalah berdasarkan populariti menghiasi majalah-majalah dan selain ibu bapa mereka menjadi tumpuan ramai.
Nama lain yang tersenarai adalah seperti Shiloh, Max Anthony, Mason Disick dan Jayden Federline.
Berikut adalah senarai 10 anak selebriti yang paling berpengaruh di Hollywood.
1. Suri Cruise (anak kepada Tom Cruise – Katie Holmes)
2. Harper Seven Beckham (David – Victoria Beckham)
3. Shiloh Jolie-Pitt (Brad Pitt – Angelina Jolie)
4. Max Anthony (Marc Anthony – Jennifer Lopez)
5. Mason Disick (Scott Disick – Kourtney Kardashian)
6. Honor Marie Warren (Cash Warren – Jessica Alba)
7. Cruz David Beckham (David – Victoria Beckham)
8. Vivienne Jolie-Pitt (Brad Pitt – Angelina Jolie)
9. Violet Anne Affleck (Ben Affleck – Jennifer Garner)
10. Jayden Federline (Kevin Federline – Britney Spears)

Oh! Awek Zaman Sekarang


Zaman sekarang bukan main mudah nak dapat ‘awek’. Umpama petik jari sahaja dah boleh dapat. Masakan tidak? Kenyit-kenyit mata sikit, bomkan ayat-ayat cinta sikit, ‘confirm’ dah boleh dapat.
Zaman sekarang bukan main mudah untuk dapat ‘awek muslimah’. Mungkin tidak semudah petik jari tetapi kalau bijak bermain kata, cuba ucapkan ayat-ayat berbaur keinsafan sikit, tunjuk gaya penampilan yang nampak alim sikit, ucapkan kata-kata tazkirah ‘confirm’ dah boleh dapat.
Haih! Inilah yang terjadi apabila terlalu kerap disajikan program-program televisyen (drama/ realiti tv/ filem) yang konon-konon berbentuk keagamaan tetapi banyak yang tidak mengikut syariat.
Bagaimana boleh watak seorang ustaz dipaparkan sedang bercinta dengan seorang wanita ‘alim’? Dan bagaimana pula sekumpulan pelajar Mesir yang ditunjukkan dalam sebuah drama pergi melancong berempat (dua lelaki dan dua perempuan) bersama-sama seolah-olah mereka tidak tahu bahawa perkara-perkara begitu boleh menimbulkan fitnah? (kerana bukan urusan penting)
Patutlah segelintir remaja yang tidak memahami konsep bercinta ‘cintun’ menganggap bahawa ‘couple’ itu dibenarkan dalam Islam asalkan tidak pegang tangan dan bersentuhan cukuplah untuk perkara itu menjadi halal.
Tetapi, zaman sekarang bukan main payah untuk kita jumpa dan miliki hati Muslimah Mujahidah Solehah, kerana mereka ini bukan sebarang wanita.
Mereka ialah wanita-wanita yang berpegang pada prinsip hidup! Bagi mereka ketegasan terhadap kaum Adam itu adalah satu mutiara dalam hidup mereka, sifat manja (gedik) terhadap kaum adam yang ajnabi langsung tidak akan wujud dalam diri mereka!
Inilah contoh Muslimah Mujahidah Solehah! Jadi, wahai kaum hawa buatlah pilihan untuk berada di golongan wanita yang bagaimana. Saya yakin! Anda sudah mampu berfikir yang baik dan buruk tentang sesuatu perkara.

Oh! Maharaja Lawak Mega: Nak Cari Pelawak Atau Nak Cari Gaduh?


Di awal rancangan Maharaja Lawak Mega (MLM) ini ke udara, tak banyak yang diperkatakan mengenainya. Namun minggu demi minggu, MLM mula menjadi buah mulut, mungkin disebabkan peningkatan kualiti lawak yang dipersembahkan oleh para pesertanya.
Tetapi entah di mana silapnya, pentas yang sepatutnya menyajikan jenaka hingga boleh membuatkan orang kering gusi, nampaknya mula bertukar menjadi medan emosi yang cukup menjengkelkan.
Rupanya skestsa di belakang pentas lebih ‘hebat’ daripada apa yang kita saksikan di atas pentas MLM itu sendiri.
Puncanya mudah…hanya kerana ada peserta tidak dapat menerima teguran yang diberikan pihak juri.
Juri yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan, Datuk Chef Wan kitalah.
Mungkin ramai yang tidak tahu, ada pelawak senior pernah mengamuk dibelakang pentas.
Kejadian ini terjadi pada minggu keenam MLM berlangsung yang mengakibatkan 3G dan Bawel tersingkir.
Walaupun lawak mereka pada minggu itu masih lagi ada yang tertawa, namun juri beranggap prestasi kumpulan itu terlalu merosot dan tidak seperti minggu sebelum ini.
Atas alasan itu, peserta berkenaan terus meluru masuk ke biliknya sehingga tidak mahu ditegur oleh sesiapa.
Kemudian Sobri dari kumpulan Bawal Power pula buat hal.
Dia pernah menggunakan kesempatan berada di pentas MLM untuk menghentam wartawan Utusan Malaysia yang mengkritiknya dalam sebuah ruangan pojok, sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan persembahan kumpulannya pada minggu itu.
Dan yang terbaru, seperti semua orang tahu, perbalahan serius antara Chef Wan dan Adlin Aman Ramli.
Semuanya bermula apabila anak kepada pelakon Ruminah Sidek dan Allahyarham A R Tompel itu meluahkan perasaan marah kepada tukang masak glamour itu kerana menganggap tindakan Chef Wan membuat komentar di laman FB sebagai tidak wajar dan menjatuhkan maruahnya.
Geram dengan perbuatan itu, Adlin dengan lantangnya melancarkan ‘perang’ terhadap Chef Wan sambil mempersoalkan kredibiliti lelaki berkenaan sebagai juri program tersebut, aduh, macam-macam hal.
Nasib baiklah MLM sudah hampir menuju ke final, kalau tidak entah apalagi yang akan berlaku.
Persoalannya, mengapa ini terjadi?
MLM bukan sebuah program mencipta kontroversi, tetapi sebuah program santai yang bertujuan untuk menghiburkan penonton dengan lawak-lawak yang berkualiti, apatah lagi bila ramai pelawak otai yang menyertainya.
Malang sekali, lain yang dirancang, lain pula jadinya.
Penulis tidak mahu menyebelahi sesiapa, baik juri mahupun peserta.
Tetapi secara ikhlas penulis merasakan, MLM setakat ini belum berjaya mengangkat mana-mana peserta yang boleh dianggap pelawak terbaik di negara ini.
Adakalanya peserta pertandingan Raja Lawak lebih lucu daripada MLM.
Tapi yelah nak buat macam mana, bukan senang nak buat lawak ni.
Buat orang sedih mudah, buat orang marah lagi mudah tapi nak buat lawak, bukan semua orang mampu melakukannya.
Apapun diharap episod mengamuk, menyindir dan bergaduh dalam MLM dapat dihentikan segera, maklumlah yang ramai menontonnya bukan saja yang dewasa tetapi juga kanak-kanak…jangan beri mesej yang salah pada golongan ini.
Ingat…kita nak cari pelawak terbaik, bukan pencarut terhebat!