Inilah Wanita Pontianak. Julia Caples, 45,
gemar meminum darah manusia hingga kadang-kala mencecah hingga dua
liter sebulan (dua liter sebulan??). Julia yang mula ketagih darah sejak
remaja itu, mendapat bekalan darah daripada penderma sejak lebih 30
tahun lalu.
Ibu kepada dua anak iaitu Alexi, 11 tahun dan Ariel, 24 tahun itu
percaya, dia kekal muda dengan meminum darah, sama seperti filem
Twillight. Julia bagaimanapun cuba mengelakkan daripada menunjukkan
tabiat berkenaan kepada Alexi manakala Ariel pula membenci hobi pelik
ibunya itu dan memintanya supaya berhenti daripada meminum darah
manusia.
Menceritakan tabiat pelik itu, Julia berkata, ia bermula ketika dia
berusia 16 tahun selepas dia pertama kali mencium teman lelakinya.
“Ketika itu saya telah menggigitnya dan saya suka dengan darah itu. Saya
tidak dapat menerangkan bagaimana perasaan ketika itu namun selepas
kejadian tersebut, dia tidak lagi mencium saya,’’ katanya.Ketika itu
Julia tidak terus mengalami ketagihan terhadap darah sehinggalah dia
bertemu dengan bekas suaminya, Donald, 49.
Kedua-duanya turut minum darah satu sama lain namun Donald menghentikan kegilaan berkenaan selepas Alexi dilahirkan.
“Donald tidak mahu lagi minum darah. Kami bersetuju bahawa salah seorang
daripada kami perlu berhenti daripada tabiat ini bagi memfokus kepada
anak-anak,’’ katanya.Julia yang menulis blog mengenai pontianak
menggunakan nama Lady DarkRose berkata dia menyedari mengenai risiko
terhadap kesihatannya namun semua penderma darah akan diuji terlebih
dahulu bagi mengesahkan bahawa mereka bebas penyakit termasuk AIDS atau
HIV.
“Saya tahu secara saintifiknya darah tidak mengandungi banyak khasiat namun mungkin ada perkara lain yang kita belum ketahui.
No comments:
Post a Comment