Sebelum perang dunia kedua, kapal
penumpang belon udara sepertiZeppelin Hindenburg digunakan sebagai
pengangkutan penumpang merentasi benua. United Kingdom, Perancis,
Amerika Syarikat dan Jerman adalah negara-negara yang mempunyai program
pembinaan kapal belon udara gergasi mereka sendiri. Kapal belon udara
ini juga digunakan oleh negara-negara diatas untuk tujuan ketenteraan.
Di Amerika Syarikat dan Jerman kapal belon udara ini berfungsi sebagai
kapal pengangkut kapal terbang.
Ketika zaman kegemilangan pengangkutan kapal belon udara, bangunan
Empire State Building mempunyai tempat mendat Zeppelinnya yang
tersendiri. Penumpang boleh turun dari belon terus kedalam bangunan
pencakar langit ini.
Era pengangkutan kapal belon udara terhenti akibat beberapa kemalangan
maut. Kemalangan paling terkenal sekali ialah apabila Zeppelin
Hindenburg terbakar ketika cuba mendarat di Lakehurst New Jersey pada
tahun 1937. Kapal belon udara yang berisi Hidrogen ini didapti mudah
terbakar. Pada waktu yang sama penggunaan kapal terbang semakin meluas
dan ianya jauh lebih pantas.
Selam berdekad lamanya sistem pengangkutan belon udara dilupakan.
Sekarang kapal udara Dunlop hanya digunakan sebagai papan iklan terbang
di Amerika Syarikat. The Aether ialah konsep kapal belon udara moden yang cuba mengembalikan zaman kegemilangan kapal udara ini. Ianya direka oleh Mac Byers. Rekaan
No comments:
Post a Comment