Sunday, 29 December 2013

Oh! Gunting Rambut Guna Logam



Menggunting rambut menggunakan gunting rambut adalah biasa. Tapi menggunakan besi panas, itu baru unik. Seperti yang dilakukan oleh tukang gunting rambut Cina, Wang Weibu . 


Wang adalah salah dari tukang gunting rambut yang masih menggunakan kaedah tradisional seni kuno Dahuojia . Ia menggunakan sepasang pengapit logam panas untuk membakar rambut daripada memotongnya .

Jika rambut terlalu panjang , besi panas yang digunakan berbentuk seperti gunting . Wang mendakwa hasil potongannya boleh bertahan sehingga 3 bulan .

" Pelangganku setuju denganku bahawa potongan rambut dengan caraku dapat menjaga bentuk yang sama selama 3 bulan. Benar -benar berjaya ," sambung Wang.

Kaedah tradisional memotong rambut ini sebenarnya telah tersebar luas di China , hingga tersebar di dunia fashion pada tahun 1980 -an.

"Ini bukan hanya kaedah pemotongan rambut yang ditawarkan para pendandan rambut, tidak terlalu banyak lagi pelanggan yang tertarik dengan kaedah itu . Ketika ini kebanyakan orang tua yang datang ke kedaiku . Suatu hari nanti mereka tidak akan berada di sini lagi ," ujar Wang yang telah berusia 73 tahun .

Ketika ini , perniagaannya berjalan baik di kedainya di Jinshi di Kabupaten di Provinsi Sichuan , China Barat Daya.

" Bisnesku cukup baik, " tambah Wang.

cara Memotong

Ketika beraksi , Wang biasanya memanaskan logam pengapit dalam bara api dari kayu. Setelah itu, ia merendamnya dengan sedikit air sebelum digunakan pada rambut untuk pertama kali .

Gaya potongan pertama, rambut pelanggan mereka akan dicuci sebelum memasuki sesi pembentukan model rambut yang dikehendaki .

kelemahan

Wang mengatakan satu -satunya kelemahan kaedah potong rambut tradisional itu adalah bau terbakar. Mereka umumnya tak suka bau tersebut , meski sebahagian besar pelanggannya tidak kisah.


Lagu :)

saje boring2 bubuh lagu lak kt blog.. kwn bg cadangn bubuh lagu ni so sdp x??? boleh thn lakn.. bg ak ok la lagu mcm ni... cer kome bg cadangn nk bubuh lagu apa @ mcm mana nk bg blog ni lagi gmpak... x tau la nk wt blog ni sngt... ak tngk blog kwn2 ak gmpak je tp x tau nk wt... kalau kome tau tlng la bg tau ye....

Seronok :D :D :D

Seronok je tengok kawan2 mengupdate blog.... tp memng kms satu blog ni kome tngk la ye n follow la die.... tp mls lak nk bubuh gmbr so pandai korng tngk blog kawan aku nie ye... www.hermanaziz.blogspot.com, www.hardyaziz.blogspot.com n kbmlifestyle.blogspot.com...
diaorg buat blog ni pun sbb assignment mcm ak sem lps... so diorng ni menyusahkn ak je nk tlng... dh la hotspot kt cini mlm2 je laju wktu siang hari mcm siput je laju nyer... redha je la....

Thursday, 12 December 2013

Oh! Pertandingan Ratu Cantik Dalam Penjara


Pertandingan pertunjukan fesyen ini di adakan di penjara perempuan Centro de Orientacion Femenino (COF) di Fraijanes, sekitar 40 km sebelah timur Guatemala City. Pertandingan ini diadakan dalam rangka Perayaan Hari Narapidana. COF memiliki jumlah penghuni seramai 135 orang. 





Oh! Kisah Orang Kaya Dan Pemandu



Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.

Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."

Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez."

King Kong pun menjawab dengan sopan,
" Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.

Orang kaya I itu beritahu ke temannya,
" Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"

Orang kaya II : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?"

Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.

Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.

Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,
King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"

Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Dia suruh aku tengok dia ada dirumah atau tidak..Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!"

Oh! Wanita lumpuh selepas kena 'ciuman cinta' di leher


AUCKLAND - Seorang wanita berusia 44 tahun lumpuh buat seketika selepas dia dicium pasangannya di bahagian leher, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia lumpuh di bahagian lengan kiri semasa menonton televisyen.

Doktor-doktor yang memeriksanya bingung mengenai punca dia diserang strok sehinggalah mereka mendapati terdapat tanda ciuman cinta di bahagian lehernya sekali gus meleraikan misteri serangan strok itu.

Wanita itu kemudian memberitahu doktor bahawa dia dicium beberapa hari sebelum diserang strok.

Seorang doktor, Teddy Wu dari Hospital Middlemore di Auckland berkata: "Disebabkan ia merupakan ciuman cinta, terdapat sedutan yang kuat.

Menurutnya, terdapat darah beku di dalam arteri di tempat sedutan itu dibuat.

Dia berkata, darah beku tersebut tidak dapat bergerak menyebabkan strok itu berlaku. Wanita itu pulih selepas dirawat dengan ubat antibekuan.

Monday, 1 July 2013

OH RUMAH BERGERAK MAMPU BERLIPAT SEPERTI KIPAS

Rumah mobil ialah sesuatu yang jarang kita lihat di Malaysia. 252° Living Area ialah sebuah konsep rumah mobil kompak oleh Stephanie Bellanger, Amaury Watine, François Gustin dan David Dethoor. Sebuah rumah mobil bersaiz penuh boleh dilipat seperti kipas Jepun apabila tidak digunakan dan memudahkannya untuk ditarik di belakang sebuah kereta. Apabila ingin digunakan ianya akan terbuka sebayak 252 darjah dan mempunyai sebuah pejabat, tandas, bilik tidur, dapur dan ruang santai. 


OH JIKA SEMUA BENDA DIREKA OLEH APPLE

Seorang pereka grafik, Sasha Agapov membuat satu koleksi parodi tentang apa akan jadi kalau semua benda di reka oleh Jony Ive, iaitu pereka di Apple. Kenapa bila org lain buat tak kena kutuk, tapi bila Apple buat mesti banyak kena kutuk.


OH Wanita Suka Minum Darah Manusia



 


Inilah Wanita Pontianak. Julia Caples, 45, gemar meminum darah manusia hingga kadang-kala mencecah hingga dua liter sebulan (dua liter sebulan??). Julia yang mula ketagih darah sejak remaja itu, mendapat bekalan darah daripada penderma sejak lebih 30 tahun lalu.

Ibu kepada dua anak iaitu Alexi, 11 tahun dan Ariel, 24 tahun itu percaya, dia kekal muda dengan meminum darah, sama seperti filem Twillight. Julia bagaimanapun cuba mengelakkan daripada menunjukkan tabiat berkenaan kepada Alexi manakala Ariel pula membenci hobi pelik ibunya itu dan memintanya supaya berhenti daripada meminum darah manusia.

Menceritakan tabiat pelik itu, Julia berkata, ia bermula ketika dia berusia 16 tahun selepas dia pertama kali mencium teman lelakinya.

“Ketika itu saya telah menggigitnya dan saya suka dengan darah itu. Saya tidak dapat menerangkan bagaimana perasaan ketika itu namun selepas kejadian tersebut, dia tidak lagi mencium saya,’’ katanya.Ketika itu Julia tidak terus mengalami ketagihan terhadap darah sehinggalah dia bertemu dengan bekas suaminya, Donald, 49.

Kedua-duanya turut minum darah satu sama lain namun Donald menghentikan kegilaan berkenaan selepas Alexi dilahirkan.

“Donald tidak mahu lagi minum darah. Kami bersetuju bahawa salah seorang daripada kami perlu berhenti daripada tabiat ini bagi memfokus kepada anak-anak,’’ katanya.Julia yang menulis blog mengenai pontianak menggunakan nama Lady DarkRose berkata dia menyedari mengenai risiko terhadap kesihatannya namun semua penderma darah akan diuji terlebih dahulu bagi mengesahkan bahawa mereka bebas penyakit termasuk AIDS atau HIV.

“Saya tahu secara saintifiknya darah tidak mengandungi banyak khasiat namun mungkin ada perkara lain yang kita belum ketahui.

OH AETHER KONSEP KAPAL BELON UDARA MODEN

Sebelum perang dunia kedua, kapal penumpang belon udara sepertiZeppelin Hindenburg digunakan sebagai pengangkutan penumpang merentasi benua. United Kingdom, Perancis, Amerika Syarikat dan Jerman adalah negara-negara yang mempunyai program pembinaan kapal belon udara gergasi mereka sendiri. Kapal belon udara ini juga digunakan oleh negara-negara diatas untuk tujuan ketenteraan. Di Amerika Syarikat dan Jerman kapal belon udara ini berfungsi sebagai kapal pengangkut kapal terbang.


Ketika zaman kegemilangan pengangkutan kapal belon udara, bangunan Empire State Building mempunyai tempat mendat Zeppelinnya yang tersendiri. Penumpang boleh turun dari belon terus kedalam bangunan pencakar langit ini. 
Era pengangkutan kapal belon udara terhenti akibat beberapa kemalangan maut. Kemalangan paling terkenal sekali ialah apabila Zeppelin Hindenburg terbakar ketika cuba mendarat di Lakehurst New Jersey pada tahun 1937. Kapal belon udara yang berisi Hidrogen ini didapti mudah terbakar. Pada waktu yang sama penggunaan kapal terbang semakin meluas dan ianya jauh lebih pantas.
Selam berdekad lamanya sistem pengangkutan belon udara dilupakan. Sekarang kapal udara Dunlop hanya digunakan sebagai papan iklan terbang di Amerika Syarikat. The Aether ialah konsep kapal belon udara moden yang cuba mengembalikan zaman kegemilangan kapal udara ini. Ianya direka oleh Mac Byers. Rekaan 

OH Pertanian

Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan, dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun, dengan penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstrata. Kajian pertanian dikenali sebagai sains pertanian.
Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan teknik, termasuk cara meluaskan tanah untuk bercucuk tanam dengan membina terusan air dan bentuk pengairan yang lain. Penanaman tanaman di tanah suai tani dan penternakan haiwan di kawasan ragut merupakan asas pertanian. Pada abad yang lalu, pengenalpastian dan pengkuantitian pelbagai bentuk pertanian telah menjadi perkara yang dipentingkan. Di dunia maju, julat bentuk tersebut biasanya terbentang antara pertanian mampan (misalnya, permakultur dan pertanian organik) dan pertanian intensif (misalnya, pertanian perindustrian).
Agronomi (ilmu pertanian) moden, pembiakbakaan tumbuhan, racun perosak, dan baja, serta juga peningkatan teknologi telah menambah hasil tanaman secara mendadak tetapi pada waktu yang sama, sangat menjejaskan ekologi dan kesihatan manusia.[1] Pembiakbakaan pilihan dan amalan moden penternakan seperti penternakan babi intensif (dengan amalan yang serupa juga dipergunakan untuk ayam) juga meningkatkan keluaran daging, tetapi menimbulkan rasa bimbang tentang kekejaman haiwan dan kesan kesihatan antibiotik, hormon pertumbuhan, dan bahan kimia yang lain yang umum digunakan dalam pengeluaran daging perindustrian.[2]
Keluaran pertanian utama secara umum boleh digolongkan kepada makanan, gentian, bahan api, bahan mentah, bahan farmaseutik, dan perangsang, serta beraneka jenis keluaran hiasan dan lepa hiasan yang eksotik. Pada 2000-an, tumbuhan telah ditanam terutamanya untuk menghasilkan:
Walaupun pada 2003, bilangan pekerja pertanian tidak sebegitu banyak, namun kerana kesedaran terhadap pentingnya pertanian, jumlahnya naik dengan pesat pada 2008. Sesungguhnya, sektor perkhidmatan melebihi pertanian sebagai sektor ekonomi yang menggaji paling banyak orang di seluruh dunia pada tahun itu.[5] Meskipun pertanian menggaji melebihi satu pertiga daripada jumlah penduduk dunia pada 2007, pengeluaran pertanian hanya menyumbangkan kurang daripada 5% keluaran dunia kasar (iaitu jumlah kesemua keluaran dalam negara kasar (KDNK)

 
 


OH GAMBAR KEBAKARAN HUTAN DAN LADANG DI INDONESIA

Ini ialah gambar kebakaran hutan dan ladang kelapa sawit di Sumatera Indonesia. Inilah punca jerebu kronik yang melanda negara minggu lalu. Seperti di Malaysia beberapa bandar utama Sumatera juga dilanda jerebu dan solat hajat dilakukan bagi meminta hujan dari Allah. 


OH Blue Lake, Tasik Paling Jernih Di Dunia

Blue Lake yang terletak di Nelson, New Zealand. Tasik ini dikatakan tasik yang paling jernih di dunia. Sila kumpul duit!