Sunday, 29 December 2013

Oh! Gunting Rambut Guna Logam



Menggunting rambut menggunakan gunting rambut adalah biasa. Tapi menggunakan besi panas, itu baru unik. Seperti yang dilakukan oleh tukang gunting rambut Cina, Wang Weibu . 


Wang adalah salah dari tukang gunting rambut yang masih menggunakan kaedah tradisional seni kuno Dahuojia . Ia menggunakan sepasang pengapit logam panas untuk membakar rambut daripada memotongnya .

Jika rambut terlalu panjang , besi panas yang digunakan berbentuk seperti gunting . Wang mendakwa hasil potongannya boleh bertahan sehingga 3 bulan .

" Pelangganku setuju denganku bahawa potongan rambut dengan caraku dapat menjaga bentuk yang sama selama 3 bulan. Benar -benar berjaya ," sambung Wang.

Kaedah tradisional memotong rambut ini sebenarnya telah tersebar luas di China , hingga tersebar di dunia fashion pada tahun 1980 -an.

"Ini bukan hanya kaedah pemotongan rambut yang ditawarkan para pendandan rambut, tidak terlalu banyak lagi pelanggan yang tertarik dengan kaedah itu . Ketika ini kebanyakan orang tua yang datang ke kedaiku . Suatu hari nanti mereka tidak akan berada di sini lagi ," ujar Wang yang telah berusia 73 tahun .

Ketika ini , perniagaannya berjalan baik di kedainya di Jinshi di Kabupaten di Provinsi Sichuan , China Barat Daya.

" Bisnesku cukup baik, " tambah Wang.

cara Memotong

Ketika beraksi , Wang biasanya memanaskan logam pengapit dalam bara api dari kayu. Setelah itu, ia merendamnya dengan sedikit air sebelum digunakan pada rambut untuk pertama kali .

Gaya potongan pertama, rambut pelanggan mereka akan dicuci sebelum memasuki sesi pembentukan model rambut yang dikehendaki .

kelemahan

Wang mengatakan satu -satunya kelemahan kaedah potong rambut tradisional itu adalah bau terbakar. Mereka umumnya tak suka bau tersebut , meski sebahagian besar pelanggannya tidak kisah.


Lagu :)

saje boring2 bubuh lagu lak kt blog.. kwn bg cadangn bubuh lagu ni so sdp x??? boleh thn lakn.. bg ak ok la lagu mcm ni... cer kome bg cadangn nk bubuh lagu apa @ mcm mana nk bg blog ni lagi gmpak... x tau la nk wt blog ni sngt... ak tngk blog kwn2 ak gmpak je tp x tau nk wt... kalau kome tau tlng la bg tau ye....

Seronok :D :D :D

Seronok je tengok kawan2 mengupdate blog.... tp memng kms satu blog ni kome tngk la ye n follow la die.... tp mls lak nk bubuh gmbr so pandai korng tngk blog kawan aku nie ye... www.hermanaziz.blogspot.com, www.hardyaziz.blogspot.com n kbmlifestyle.blogspot.com...
diaorg buat blog ni pun sbb assignment mcm ak sem lps... so diorng ni menyusahkn ak je nk tlng... dh la hotspot kt cini mlm2 je laju wktu siang hari mcm siput je laju nyer... redha je la....

Thursday, 12 December 2013

Oh! Pertandingan Ratu Cantik Dalam Penjara


Pertandingan pertunjukan fesyen ini di adakan di penjara perempuan Centro de Orientacion Femenino (COF) di Fraijanes, sekitar 40 km sebelah timur Guatemala City. Pertandingan ini diadakan dalam rangka Perayaan Hari Narapidana. COF memiliki jumlah penghuni seramai 135 orang. 





Oh! Kisah Orang Kaya Dan Pemandu



Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.

Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."

Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez."

King Kong pun menjawab dengan sopan,
" Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.

Orang kaya I itu beritahu ke temannya,
" Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"

Orang kaya II : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?"

Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.

Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.

Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,
King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"

Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Dia suruh aku tengok dia ada dirumah atau tidak..Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!"

Oh! Wanita lumpuh selepas kena 'ciuman cinta' di leher


AUCKLAND - Seorang wanita berusia 44 tahun lumpuh buat seketika selepas dia dicium pasangannya di bahagian leher, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia lumpuh di bahagian lengan kiri semasa menonton televisyen.

Doktor-doktor yang memeriksanya bingung mengenai punca dia diserang strok sehinggalah mereka mendapati terdapat tanda ciuman cinta di bahagian lehernya sekali gus meleraikan misteri serangan strok itu.

Wanita itu kemudian memberitahu doktor bahawa dia dicium beberapa hari sebelum diserang strok.

Seorang doktor, Teddy Wu dari Hospital Middlemore di Auckland berkata: "Disebabkan ia merupakan ciuman cinta, terdapat sedutan yang kuat.

Menurutnya, terdapat darah beku di dalam arteri di tempat sedutan itu dibuat.

Dia berkata, darah beku tersebut tidak dapat bergerak menyebabkan strok itu berlaku. Wanita itu pulih selepas dirawat dengan ubat antibekuan.