Monday, 6 February 2012

Oh! Senarai 10 Fobia Pelik Di Dunia


Definasi fobia mengikut Kamus Dewan Edisi Empat: ketakutan yang amat sangat akan sesuatu. Berikut adalah 10 jenis fobia yang jarang tetapi wujud dalam masyarakat di serata dunia. Amat pelik dan mungkin bodoh bunyinya, namun ia tetap wujud dan berlaku.
Optophobia: Fobia untuk membuka mata
Mungkin fobia yang paling pelik di dunia! Mereka yang memiliki masalah ini, sukar untuk membuka mata sendiri. Tugasan harian adalah mimpi ngeri untuk pengidap Optophobia. Jika anda boleh membaca apa yang kami tulis ini, jangan bimbang, ternyata anda tidak memiliki tersebut, syukur.
Chorophobia: Fobia terhadap tarian
Apa sahaja yang berkaitan tarian termasuk kelab malam, boleh menjadi punca ketakutan kepada mereka yang mempunyai fobia jenis ini.
Geliophobia: Fobia terhadap gelak ketawa
Banyak kajian yang dibuat memperlihatkan ketawa adalah aktiviti yang baik untuk kesihatan. Ia mampu memperbaiki tahap mental dan jantung. Namun, untuk yang menderita Geliophobia, ketawa atau berada sekeliling orang yang sedang ketawa akan menyebabkan mereka mula berasa takut. Risau diketawakan orang menjadi antara punca kepada wujudnya Geliophobia.
Arachibutyrophobia: Takut mentega kacang melekat pada lelangit mulut
Senarai fobia yang pelik tidak akan lengkap jika kita tidak sebut Arachibutyrophobia. Penghidapnya hampir pasti tidak akan makan mentega kacang seumur hidup mereka!
Heliphobia: Takut kepada cahaya matahari
Pastinya satu keadaan yang amat sukr untuk mengelak daripada cahaya matahari sepanjang masa. Satu ia sukar untuk dilakukan, keduanya ia juga tidak elok untuk kesihatan (jika dijauhi sepenuhnya). Bermula dari rasa takut akan bahaya yang wujud pada matahari.
Deipnophobia: Takut akan berbicara atau berbual semasa makan malam
Ini adalah antara contoh fobia yang agak spesifik, takut bercakap waktu makan malam. Pengidapnya akan hanya diam sepanjang waktu makan. Ada bagusnya juga kerana diam ketika makan sebenarnya membantu dalam proses pencernaan yang lebih baik.
Neophobia: Takut kepada benda-benda baru
Ramai orang yang mahu mencuba benda baru dan pengalaman baru. Namun bagi penghidap Neophobia, mereka tidak mahu apa pun yang baru dalam hidup mereka. Penghidapnya akan kehilangan kualiti hidup dan tidak akan berani untuk merasai pengalaman-pengalaman baru dalam hidup. Kajian juga memperlihatkan mereka yang mempunyai masalah Neophobia, akan mempunya jangka hayat yang pendek. Ini terjadi akibat tekanan yang mereka lalui saban hari.
Syngenesphobia: Takut pada keluarga dan saudara mara
Rasanya ramai yang ada masalah camni, cuma ia mungkin melibatkan keluarga sebelah mentua. Semua kita ada rasa malu dan sakit hati dengan anggota keluarga kita pada masa-masa tertentu, namun penghidap Syngenesphobia menghadapai masalah itu secara keterlaluan dan sepanjang masa.
Ablutophobia: Takut untuk mandi dan membersihkan diri
Biasanya kanak-kanak yang malas mandi, namun adakalanya ia melibatkan orang dewasa. Namun harus ingat, Ablutophobia adalah fobia untuk mandi, bukannya malas untuk mandi. Ada banyak beza tu. Yang dekat hostel bau semacam itu kerap kali adalah pemalas, bukannya Ablutophobia.
Geniophobia: Takut kepada dagu
Yup…dagu, bahagian di muka kita itu. Ini mungkin fobia yang paling sengal di dunia ni. Selain itu ada juga fobia lutut (genuphobia), fobia tangan (chirophobia) dan fobia siku (ishicascadiggaphobia). Bagaimanapun, fobia-fobia tubuh badan tertentu ini boleh dirawat melalui terapi.

Oh! Tentera Korea Selatan Masuk Islam


Satu Platun Askar Korea Masuk Islam:
Komandan & 37 askar masuk Islam,Kapten San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11SF, pasukan perdamaian PBB dari Korea Selatan yg ditugaskan di Iraq. Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Iraq Utara.
Semasa bertugas di wilayah tersebut, dia sering mengamati orang-orang muslim bersolat berjemaah di masjid, kebetulan markas pasukannya berada dekat masjid. Dia sangat terpegun dengan gerakan-gerakan solat. Kerana dihinggapi rasa kagum, dia mencuba meniru seluruh gerakan solat dan dipraktikkan di biliknya bersendirian.
Semasa dia mempraktikkan gerakan solat itulah, dia merasakan ada ketenangan, dan perasaan damai dalam hatinya. Itulah sebabnya, gerakan-gerakan solat tersebut kemudian, dia jadikan program meditasi di pasukan yg dia pimpin (disamping Yoga), dan ternyata sebagian besar perajurit setelah mempraktikkan gerakan-gerakan solat tersebut merasakan perkara yg sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai.
Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenali dengan lebih mendalam lagi, dan akhirnya dia memutuskan untuk memeluk Islam.
Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada perajurit-perajuritnya, dia berkata:
“aku telah menemui cahaya kehidupan yang sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya itu, dan cahaya itu adalah Islam”.
Tanpa dia duga, secara spontan 37 orang askar di bawah pimpinannya mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandannya – untuk juga memeluk Islam.
Subhanallah-Walhamdulillah-Allahu Akbar!

Oh! Fakta Menarik Tentang Google


GOOGLE merupakan enjin carian yang paling popular di seluruh dunia pada masa kini. Reputasinya cukup ampuh malah mungkin meninggalkan pencabar-pencabarnya iaitu enjin carian lain dengan jarak yang begitu jauh berdasarkan keupayaan serta sokongan padu dari syarikat-syarikat gergasi yang lain.
Sebelum Google menjadi begitu popular seperti sekarang, terdapat beberapa fakta menarik yang mungkin korang sebagai pembaca tidak mengetahuinya. Untuk itu, marilah bersama-sama berkongsi fakta-fakta menarik tersebut.
1. Pengasas Google iaitu Sergey Brin dan Larry Page telah bertemu buat pertama kalinya dalam perhimpunan pelajar-pelajar PhD jurusan sains komputer di University Stanford, US pada tahun 1995. Pertemuan ini telah mencetuskan idea untuk membangunkan satu sistem enjin carian dan pembangunan pertama enjin tersebut bermula menerusi sistem yang dikenali sebagai BackRub. BackRub yang dibangunkan pada awal tahun 1996 telah mendapat perhatian ramai di kawasan kampus yang kemudiannya memberikan semangat kepada dua individu hebat ini untuk membangunkan sistem yang lebih canggih.
2. Dengan mendapat galakan kuat dari David Filo, pengasas Yahoo Inc yang juga palajar PhD di universiti yang sama, Sergey dan Larry telah berilitizam untuk menubuhkan sebuah syarikat pada tahun 1998 bagi memastikan pembangunan yang lebih terancang. Sebagai permulaan, bilik Larry di asrama universiti berkenaan telah dijadikan sebagai pusat data dengan menggunakan cakera terabait yang dibeli dengan harga yang murah manakala bilik Sergey pula dijadikan sebagai pejabat.
3. Sergey dan Larry telah menangguhkan pengajian mereka dan mula menjalankan operasi mereka untuk membangunkan Google dengan menggunakan dana yang dibiayai oleh keluarga dan rakan mereka. Pada bulan September 1998, akhirnya Google telah didaftarkan sebagai sebuah syarikat dan memindahkan operasi mereka ke sebuah garaj kepunyaan rakan mereka di Menio Park, California. Tenaga kerja Google pada waktu itu adalah terdiri dari empat orang.
4. Nama Google ini diambil dari istilah matematik, Googol yang bermakna sejumlah nombor yang sangat besar. Istilah Googol ini telah diberi oleh Milton Sirotta anak saudara kepada pakar Matematik U.S yang terkenal iaitu Edward Kasner.
5. Enjin carian Google walaupun masih di peringkat beta mampu memproses pertanyaan sebanyak 10,000 pertanyaan dalam masa sehari. Apa yang menarik ialah, walaupun masih di peringkat beta, PC Magazine telah menyenaraikan Google ke dalam senarai Top 100 Web Sites and Search Engine bagi tahun 1998. Selain daripada PC Magazine, beberapa syarikat penerbitan terkenal seperti USA Today dan Le Monde turut memaparkan berita dan laporan tentang perkembangan Google yang sekaligus telah membuka mata banyak pihak.
6. Google mula memindahkan operasinya ke tempat yang lebih selesa iaitu di University Avenue, Palo Alto pada bulan Februari 1999. Tenaga kerjanya juga telah bertambah kepada lapan orang sementara enjin carian pada waktu itu mampu memproses 500, 000 pertanyaan sehari.
7. Enjin carian Google pada waktu itu beroperasi di atas pelayan yang menggunakan sistem operasi Linux. Pada tahun yang sama juga, Google telah mendapat dana dari dua syarikat modal teroka yang berjumlah USD 25 juta. Beberapa nama besar telah menjadi pelanggan Google dengan didahului oleh Red Hat – gergasi sistem operasi Linux, Virgilio – portal online Itali yang terkenal dan Virgin.net – penyedia perkhidmatan hiburan online dari UK.
8. Pada penghujung tahun tersebut, sekali lagi Google berpindah ke tempat baru iaitu di Mountain View, California dengan tenaga kerjanya juga telah bertambah iaitu seramai 39 orang. Pada ketika ini, enjin carian Google mampu memproses 3 juta pertanyaan dalam masa sehari.
9. Pada awal tahun 2000, Google mula mengintegrasikan enjin carian dengan teknologi wayarles khusus bag pengguna-pengguna peranti mudah alih seperti PDA dan telefon mudah alih. Google telah mendapat banyak pengiktirafan misalnya dari Smart Computing yang memilih Google sebagai 50 Hot Technologies dan majalah Time yang mengiktiraf Google sebagai salah satu Top Ten Best CyberTech.
10. Pada pertengahan 2000, Google mula membangunkan enjin carian dalam 10 versi bahasa yang berlainan. Pada masa yang sama juga Google menjadi enjin carian yang terbesar dalam dunia Internet yang mampu mengindeks 1000 juta URL dan memproses 18 juta pertanyaan dalam masa sehari!
11. Bagi tahun 2001, Google mula memperluaskan aktiviti perniagaan dengan membeli syarikat-syarikat yang berpotensi seperti Deja.com, mengadakan usahasama dengan syarikat gergasi seperti Handspring yang mengeluarkan PDA dan AT&T bagi menyediakan perkhidmatan AT&T Digital PocketNet serta mengembangkannya di negara-negara luar misalnya mengadakan enjin carian yang boleh dicapai oleh pengguna telefon mudah alih yang menggunakan prkhidmatan i-Mode di Jepun.