ak sebenor nyer sibuk utk update benda ni...
SMV teluk intan tgh sibuk dgn 5S tu psl ak pun sibuk x ada masa utk update
Friday, 10 August 2012
Friday, 11 May 2012
10 Stadium Terpelik Di Dunia....
Ni antara stadium-stadium yang pelik..nak tahu kenapa stadium ini dikatakan pelik?? meh baca entri ni..
1. Venezuela, Caracas
Dikenali sebagai “Cocodrilos Sports Park” ianya adalah sebuah stadium multi-use.Kebanyakan stadium ini digunakan sebagai perlawanan bola sepak.Stadium ini boleh memuatkan 3000 orang dan terletak di sebelah high-way.Kalau ada kemalangan kompom masuk terus ke dalam stadium.
2. Japan, Osaka Stadium
Stadium baseball ini terletak di bandar Osaka dengan kapasiti 31379 tempat duduk. Pada tahun 1988 stadium ini telah ditukar menjadi tempat “sample housing showground”.Stadium ini kemudiannya dimusnahkan pada tahun 1998 dan digantikan dengan bangunan shopping complex.
3. Portugal, Braga
Salah satu stadium yang termahal dan terpelik di Portugal. Kos sebanyak $122 juta dibelanjakan untuk membuang batu di sekeliling stadium itu. Kos ini melebihi pembinaan 10 stadium semasa European Football Championship 2004. Betul-betul rasa macam main atas gunung batu.
4. Croatia
Gospin Dolac adalah stadium di Imotski. Dibina pada tahun 1989.Boleh memuatkan 4000 penonton.Sangat cantik dan pelik.
5. Brazil Eco-Stadium,“Janguito Malucelli”
Stadium ni lain sedikit.Stadium ni menjadi popular sebab ianya mesra alam. Tempat kerusi diletak diatas bukit tanpa menggunakan konkrit.Stadium ini juga dipanggil Eco-Stadium.
6. The Faroe Islands
The Faroe Islands sebuah pulau yang berhampiran dengan Scotland dan Iceland. Stadium ini terletak di tepi pantai. Setiap kali perlawanan akan ada orang yang membawa bot untuk mengutip bola yang jatuh ke dalam laut.
7. Singapore, Marina Bay
Negara tetangga kita memiliki stadium yang dikenali sebagai stadium terapung. Secara keseluruhan stadium ini diperbuat menggunakan besi. Ukuran platform terapung pula 390 kaki panjang dan 270 kaki lebar.Boleh menampung berat sebanyak 1,070 tan, bersamaan berat 9000 orang atau berat 30 tan kenderaan tentera.Tempat duduk pula boleh memuatkan 30 ribu orang.
8. Bulgaria
Bulgaria FC Chernomorets Balchik, kelab bola sepak dari bandar Balchik, sekarang bermain untuk divisyen ke-2 bola sepak Bulgaria. Mereka bermain dekat “Balchik Stadium” yang mempunyai 6,000 tempat duduk yang paling buruk pernah dilihat.
9. Norway
Norway FC Aalesund adalah sebuah stadium lama yang sangat pelik mempunyai tempat duduk teres di tepi bukit.
10. Ukraine
Stadium inilah tahap yang paling pelik punyer. Tak banyak maklumat yang ada mengenai stadium ini. Tapi apa-apa pun yang paling seronok ialah orang yang bawa kereta dekat jalan sebelah stadium tu. Dan bagaimana pula agaknya kedudukan bola yang sudah tentu mengikut hukum graviti. Kan??
P/s : uiskk..pelik2 betul stadium dorang ni.. korang ade lagi info2 nak ditambah??
Risiko Khawin Dengan Programmer
Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang “programmer” anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari..check it out~
Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) “Selamat malam sayang, sekarang saya logged in.”
Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?
Suami : Bad command or filename.
Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!
Suami : Errorneous syntax. Abort?
Isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa….. Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?
Suami : Variable not found…
Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.
Suami : Sharing Violation. Access denied…
Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.
Suami : Too many parameters…
Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.
Suami : Data type mismatch.
Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.
Suami : It’s by Default.
Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?
Suami : File in use … Try later.
Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?
Suami : Unknown Virus.
p/s: ekeke, silap-silap boleh jadi gila isteri dia ni..hahaha, hanya sebagai hiburan dan lawak semata – mata, tiada kengena mengena antara yang hidup dan mati.. peace yo ^^v
Thursday, 10 May 2012
Malu Kerana Kalah Perlawanan Persahabatan....
Perlawanan Persahabatan Kelantan Vs Terangganu
Mail dan Azman pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan. Pemain-pemain bola sepak kelantan dirundung rasa malu yang amat sangat. Oleh kerana itu Mail dan Azman bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang.
Mail yang menyamar dengan gaya koboi berjalan-jalan ke kedai di kampungnya.
Tiba-tiba seorang nenek menegurnya, “Hey Mail..”
Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang, Mail segera mengubah penyamarannya. Kali ini sebagai Syeikh Arab. Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang. Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek tadi.
Dalam hatinya dia berkata, “Kali ni nenek tu takkan kenal aku lagi”
Tiba-tiba nenek itu berkata “Hey Mail..”
Kerana kehairanan yang amat sangat, Mail bertanya kepada nenek tersebut
“Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?”
Nenek itu menjawab, “La engkau ni.. Ini aku la. Azman!”
Ps: Tiada kaitan perlawanan Kelantan Vs Terangganu di malaysia
Pengalaman Seorang Gadis...
Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang. Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut. Tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala. Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan. Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya.
Dia terus tersenyum dan anda mamberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum. Semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir. Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata anda digenangi dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya. Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk. Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda merasakan sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda.
Anda terbaring dengan wajah yang pucat. Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda. Dengan senyuman yang tawar andapun mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut gigi anda.
Monday, 7 May 2012
Lawak Untuk Menghilangkan Stress......
Anda sedang tertekan hendak menghadapi peperiksaan atau masalah yang menimpa? Kadang kala kita perlu rehat dan hiburan untuk menghilangkan rasa risau dan tertekan. Jom layan jenaka ini. Enjoy!
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..
Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka
pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka
pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????
Citer 3
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!
Citer 4
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..
Citer 5
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?”
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?”
Citer 6
Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”
.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”
.
Citer 7
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…
.
p/s : Hilangkan tekanan, bina kekuatan..
Subscribe to:
Posts (Atom)